Thursday 17 April 2014

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Pada hari Khamis 17 April 2014 , SK Salak telah menyertai Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu salah satu Program Koakademik Bahasa Melayu anjuran PPD Sepang bertempat di SK Kota Warisan dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Adik Qistina Damia wakil Tahap 1 manakala Alya Najwa wakil Tahap 2. 

Tahniah kepada adik Qistina Damia yang dapat tempat ke 2 (Naib Johan) dalam pertandingan ini.