Sunday 23 March 2014

PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN SEMARAK TEATER PERINGKAT DAERAH SEPANG.


Pada 18 dan 19 Mac 2014 PPD Sepang telah menganjurkan Program Bengkel Pembangunan Semarak Teater Peringkat Daerah Sepang di SMK Dengkil. Pengurus Peserta Puan Noor A'ini binti Ali telah membawa adik Siti Nurarisya Onn, Nuralya Fazaana Azmina Noramizan, Mira Syafiqah Mohd Shariff dan Muhammad Nazri Aiman untuk pendedahan dalam bidang teater. Program ini bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang teater. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut sekolah rendah dan menengah. 4 kumpulan sekolah rendah dan 4 kumpulan sekolah menengah. Murid dibimbing oleh fasilitator terdiri daripada guru pengiring. Di akhir program setiap kumpulan mementaskan teater mereka. Pemenang diberi sijil penghargaan mengikut tahap iaitu daripada Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan Johan Platinum. 4 peserta pelakon lelaki dan wanita terbaik serta pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik dipilih untuk wakil Sepang ke peringkat negeri.

Thursday 20 March 2014

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN


Pada 19 Mac 2014 (Rabu) SK Salak telah menyertai Pertandingan dalam Majlis Tilawah Al Quran di SMK Seri Sepang anjuran PPD Sepang bermula pukul 8.00 pagi. Ahli jawatankuasa terdiri daripada:

A. Jurulatih:
    1. Hafazan : Puan Razana Rahim binti Abdul Rahim dan Puan Normah binti Ahmad
    2. Tilawah : Encik Mohd Hafizi bin Husin
    3. Bercerita Kisah Al Quran : Puan Siti Zahara binti Hayat dan Puan Rozana binti Aziz
B. Pengurus Peserta : Puan Siti Noraisah binti Sanusi
Tahinah diucapkan kepada Pasukan MTQ yang telah mendapat tempat dalam
Bercerita Kisah Al Quran kategori Perempuan
    P -  Nik Nur Aiman Afiqah binti Rosman   JOHAN
    L -  Abdul Qayyum binti Abd. Latif           NAIB JOHAN 
Tilawah
   L - Muhammad Ikram binti Mazlan
   P - Siti Nurfatehah binti Awaluddin
Hafazan
   P-  Nur Aina Farzana binti Mohamad Fuad






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR : BAHASA MELAYU


Pada 8 Mac 2014, Sabtu telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan BM untuk murid yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR tahun 2014. Bengkel ini anjuran Panitia BM di bawah Unit Kurikulum. Ahli jawatankuasa terdiri daripada semua guru BM SKSalak. Penceramah yang dijemput untuk memberi taklimat dan tunjukajar adalah Encik Mohamad Asri bin Ayob dari daerah Klang. Bengkel bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi ini bertujuan untuk memberi pendedahan teknik menjawab soalan BM UPSR yang tepat.