Sunday 23 February 2014

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GILAP SAHSIAH


Perasmian Program Gilap Sahsiah diadakan pada 17 Februari 2014, bertujuan untuk meningkatkan akhlak, disiplin dan pembentukan sahsiah setiap murid ke arah yang lebih baik dan positif kepada murid sendiri, rakan dan sekolah. Pertandingan di antara kelas tahun 4, 5 dan 6. Setiap murid dinilai dari segi kehadiran ke sekolah, pemakaian, mengikut peraturan, memberi salam pada guru dan staf, jaga kebersihan kelas, rajin membantu guru, keprihatinan tentang barang yang dijumpai di mana-mana kawasan sekolah dan sebagainya.